Segmen Siapa Paling Jujur
Assalamualaikum
hai. saya joined segmen ni sebab saya yakin saya jenis manusia yg tersangat jujur.
wkwkwkwkwkwkkkk.
- apa akan you buat kalau tiba-tiba ada budak kecik tumpahkan kuah kari kat baju paling you sayang : saya akan jerit "arghhhhhh" then automatikly saya akan cubit budak tu *habit. kalau mak dia ada, saya tetap akan cubit. kisah apa saya kan ? dalah baju kesayangan. lepas dah cubit saya akan jejeling dia. lantak lah kalau dia nangis ke apa.
- pernah tak you terkentut kuat sampai ada orang dengar : banyak kali. salah satunya - time tu ada latihan sukan. then sakit perut sangat, and last last "proot" . ingatkan tak kuat tapi sebenarnya budak lelaki sebelah pun dengar. dia tengok saya then saya kata "pahal ? takpernah kentut ?!"
- pernah tak you korek hidung tiba tiba ada orang perasan : banyak kali. kadang kalau tahi hidung tu tak keluar saya sambung korek lagi tapi cari tempat yg selamat sikit. kalau rasa hidung dah selesa baru stop. asalkan hidung saya dah takgatal lagi ^^
- bila kali terakhir you menangis ? sertakan bila masanya tu dan sebab apa : semalam. sebab saya tengok irine marcello punya video pernikahan. then tengok dia peluk parents dia sambil nangis. saya pun tumpang menangis. rasa sebak sangat.
- mase kecik kecik , ape budak budak sebaye you selalu ejek you : saya ni baru 14tahun so saya ambil ejekkan ketika usia saya 14 tahun ni jelah. classmates saya ejek saya 'Orang Minyak' sebab keadaan kulit saya yg agak hitam.
- berapa berat badan you sekarang : berat badan saya tak stabil. tapi sekarang 40 KG
- ape you akan buat kalau you tengah marah gilaa : memaki. itu tabiat buruk saya. kalau ada ayah ke kawan ke saya hanya mampu tengok orang yg saya marah tu dalam dalam mata dia. sambil tengok tu saya kepal penumbuk saya dan automatik mulut saya muncung dan nafas turun naik.
- matapelajaran paling k.o masa sekolah : pendidikan seni. yg ni mmg saya rasa nak gantung diri dekat tiang bendera. matematik pun better lagi dari seni ==
- adakah you pernah bergaduh masa sekolah dulu sampai bertekak memaki mengherdik musuh you . ceritakan : pernah. time tu tingkatan 1. nama budak tu Yusri. firstly dia ejek saya then dia ejek pulak kawan saya. ingatkan setakat tu je rupanya dia sambung ejek nama ayah saya pulak. saya mmg pantang kalau dah libatkan nama parents. saya sabar sebab cikgu baru masuk then time tu nak baca doa belajar dulu. then lepas dah habis baca doa, saya diri saya hentak kuat kuat meja saya. saya jerit 'WOI GEMOK, KAU APAHAL ?!! DAH BAGUS SANGAT LANIH ?! blablablablablabla" cikgu and all classmates semua teranjat. sampai budak tingkatan 3 kelas sebelah semua keluar. tapi sekarang kitaorg dah okay. dah boleh bertegur sapa.
- orang pertama you jatuh hati masa sekolah rendah dan mase darjah berapa(tak perlu letak nama) : Azri. masa tu saya darjah 4 and dia darjah 6. yg kelakarnya saya berebutkan mamat tu dgn kawan saya. kecik kecik dah pandai main rebut rebut lelaki ==
- you pertama kali couple masa umur berapa : darjah 5. nama ex time tu Izzudin. dia gemukks ><
- berapa lame you penah kapel dgn seseorang dan tahun bila : hmmm. ni kisah sadis lagi tragis ni. saya couple dengan dia selama 1tahun 3bulan. start 24 May 2011 sampai around bulan 8.
- last you putus sebab apa : sebab dia dah muak dgn hubungan kami yg dah lama sangat tu. plus, dia dah admire orang lain.
- adakah you pernah buat your mother menangis dan kenapa : pernah. last sebab saya asyik menangis hanya kerana putus dengan ex. my mom taksuka tengok keadaan saya.
- bila dok sorang sorang , ape mesti you buat : online. kalau dah bosan online saya tidur.
- keputusan upsr you : alhamdulillah. 5A
- you nak kawen masa umur berapa dan kenapa : around 23 above sebab kalau saya nak genggam ijazah then kerja dulu. In Shaa Allah.
- you selalu berangan tentang ape : kahwin ofcourse. then time dia nak propose saya.
- perkara yang you paling tak suka tapi ia selalu berlaku dalam hidup you : saya kantoi date dengan ex bf dengan ayah. saya dah kecewakan ayah saya time tu :c
- perkara paling you suka tapi pernah berlaku sekali je dalam hidup you : dapat jadi pelajar terbaik kesuluruhan sekolah agama.
- blogger yang paling you suka dan sebab ape you suka dia : blogger ni takfamous sangat rasanya. saya suka sebab ayat dia gila-gila dan actually saya adore dia >< Aizat Amirul
- sesuatu yang you tak suka bila blogwalking : internet lambat ofcourse then owner blog tu letak pulak lagu rock mcm lagu linkin park.
- mase tahun bila you pertama kali buat facebook dan apa yang buat you terasa nak buat facebook : tahun 2010. time tu saya darjah 4. cikgu bi saya yg sarankan.
- you selalu bangun tidur pukul berapa : kalau sekolah pukul 6.30am. kalau takboleh solat, pukul 10 ^^
- kritikan terhadap blog saya : cantik. gabungan warna pink dengan soft blue ala-ala turqoise tu mmg kena. then ada pulak polka dot. mmg cantik. ikhlas dari hati.
jawapan saya ni mmg perkara yg benar. harap jawapan saya dah cukup cool. harap ada rezeki saya disegmen ni.