H A Z I Q A H


ENTRY SHE FACEBOOK TWITTER INSTAGRAM NEWER OLDER +FOLLOW

JUST WANNA SAY HAI.
 ASSALAMUALAIKUM

Hai.... Terlalu bosan menghadap kaca komputer hanya untuk menyiapkan saki-baki kerja kursus, aku singgah sini jap untuk buat short update... takda apa sebenarnya nak cerita cuma ...........
  ESOK DAH SABTU !

Cepat kan masa berlalu... cuti seminggu hampir berakhir. Masa pantas berlalu dan PMR cuma tinggal lagi 187 hari saja lagi. hmm. si haziqah ni belajar pun main ikut mood lagi. bila entah diri ni nak insaf. kawann lain dah struggle nak capai 8A. tapi haziqah ? masih ber-twitter. hurm.

aku bukan tak suka belajar kat rumah, cuma aku takda sesiapa nak dijadikan rujukan. mama belajar biasa-biasa je. takkan nak tanya pasal science bab excretion pulak. ayah math teror tapi kalau algebraic dah banyak lupa katanya. nak rujuk kawan, kadang jawab kadang tak. so, senang bicara nak kasi faham semua, everything aku kene cari sendiri. mulalah selongkar buku itu buku ini. tuisyen memanglah tuisyen. tapi nak tahu tak yang kelas tuisyen utk math je dah hampir 25 orang ? dekat kelas mmg aku tumpu perhatian but believe me. aku takfaham satu apa yang cikgu buat. aku taktahu sekarang ni masalahnya dekat aku ke apa. stress sebenarnya. anak sulung, contoh teladan adik-adik.jadi, mestilah kene jadi yang terbaik kan ? 
hmm. dalam keluarga, aku ni yang boleh diharap katanya. apa yang adik-adik takfaham, semua refer aku even mak ayah pun refer aku.  then aku nak refer siapa pulak ? halamak.

tapi aku rasa ini semua salah aku kot. sebab satu, haziqah ni memang pemalas. dan yang kedua, haziqah ni memang suka buang masa. susah jugak nak buang tabiat ni. hurm.

sekian, itu sahaja. 

0 comment[s] | back to top